Monday 20 April 2015

Jawatan Kosong di JAKIM - 26 April 2015

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:-



Jawatan Kosong Terkini 2015 di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


Jawatan:-

1. PENSYARAH JEMPUTAN
(Guru Bahasa: Bidang Bahasa Inggeris – 2 kekosongan)

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

TARAF JAWATAN : JEMPUTAN

GAJI POKOK : RM2,120.73 SEBULAN/
PENGALAMAN KERJA MELEBIHI LIMA (5) TAHUN
DALAM BIDANG YANG SAMA – RM2,795.73

ELAUN : RM700.00 SEBULAN

TEMPOH PELANTIKAN : TIGA (3) BULAN SAHAJA
(JANGKAAN TARIKH: 11.5.2015 – 10.8.2015)

WAKTU BEKERJA : 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG/
LIMA (5) HARI SEMINGGU


SYARAT LANTIKAN

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) Ijazah sarjana muda dalam bidang pengajaran bahasa atau bidang berkaitan
yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN

c) Calon hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.


DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab memberi syarahan, tutorial, menjalankan penyelidikan dan
menghasilkan penerbitan, menyelia projek tesis, mengurus kerja-kerja amali, tutorial,
menyediakan nota-nota kuliah/ manual makmal, mengendalikan urusan peperiksaan,
mengawasi kerja-kerja latihan praktik pelajar, membantu menyemak/ menyediakan
kurikulum/ silibus melibatkan diri dalam kerja-kerja penyelidikan dan menjalankan
usaha-usaha pembangunan pelajar.


CARA MEMOHON

a) Calon yang layak adalah dipelawa untuk memohon dengan mengemukakan
resume melalui emel ke azaharims@islam.gov.my atau poskan hardcopy
resume ke alamat berikut:

Unit Sumber Manusia,
Darul Quran,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Jalan Hamzah, Ampang Pecah,
44000 Kuala Kubu Bharu
(u.p. Hj. Azahari bin Mohd Salleh)

sebelum 26 April 2015 (Ahad)

b) Calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi melalui telefon dan dipanggil
untuk menghadiri temuduga pada suatu tarikh yang akan dimaklumkan.

c) Permohonan yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan
dalam iklan akan ditolak.

Catatan Am:

a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk
ditemuduga.

b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3)
minggu dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tersebut
tidak berjaya.