Monday 20 April 2015

Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) - 24 April 2015

Kami memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru disamping merealisasikan perubahan KUIS melalui Pelan Strategik KUIS. Selaras dengan hasrat tersebut calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memenuhi jawatan berikut:-



Jawatan Kosong Terkini 2015 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Jawatan:-
1. PEGAWAI AKADEMIK GRED DK45

SALINAN DOKUMEN BERIKUT:-

a. Profil Peribadi / Resume Termasuk Nombor Telefon dan alamat e-mail Terkini.

b. Sijil Kelahiran yang telah disahkan;

c. Kad Pengenalan yang telah disahkan;

d. Ijazah Kedoktoran Falsafah (Phd) / Ijazah Sarjana / Ijazah Sarjana Muda / Diploma yang telah disahkan;

e. Transkrip Akademik yang telah disahkan;

f. Surat Pengesahan JPA (Kelulusan sijil luar Negara) yang telah disahkan;

g. Sijil SPM atau setaraf yang telah disahkan;

h. Sijil Berhenti Sekolah Menengah yang telah disahkan;

i. Sijil Kokurikulum yang telah disahkan.

(sila pastikan susunan dokumen adalah mengikut ketetapan di atas).

CARA MEMOHON:-

a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (Akademik)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang boleh diperolehi di Pejabat
Bahagian Pengurusan Insan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Borang permohonan juga
boleh didapati dengan mencetaknya dari laman web rasmi KUIS iaitu www.kuis.edu.my

b. Sila catatkan nama jawatan, bidang pengkhususan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

c. Bagi Pegawai Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang berminat untuk
memohon, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing.
Sebarang permohonan yang tidak melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.

d. Permohonan yang tidak mencatatkan jawatan yang dipohon atau bidang pengkhususan
serta dokumen yang tidak lengkap tidak akan diproses.

e. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh
tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

f. Sila kemukakan permohonan kepada :

Ketua
Bahagian Pengurusan Insan
Pejabat Pendaftar
Tingkat 2, Bangunan Pentadbiran
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis)
Bandar Seri Putra
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan.

Tarikh Tutup : 24 April 2015