Tuesday 21 April 2015

Jawatan Kosong di MATRADE - 4 May 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut :-



Jawatan Kosong Terkini 2015 di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)

Jawatan:-
1. PEGAWAI EHWAL EKONOMI E41

2. JURUAUDIT W41

3. AKAUNTAN W41

4. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41

5. JURUTERA J41

6. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

7. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI E27

8. PENOLONG AKAUANTAN W27

9. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17

10. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17

11. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N17

12. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17

13. PEMANDU KENDERAAN H11

14. PEMBANTU OPERASI N11

15. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29


Cara Memohon:

1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan jawatan MATRADE yang boleh dimuat turun dari laman web MATRADE di www.matrade.gov.my/jawatankosong atau melalui link yang admin sediakan di bawah logo

2. Semua permohonan hendaklah disertakan gambar terbaru dan salinan Resume/ Ijazah/ Diploma/ Sijil-Sijil/ Surat Beranak/ Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan.

3. Semua permohonan hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat.

4. Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dengan mengemukakan salinan Laporan Penilaian Prestasi yang terkini.

Catatan Am:

1. Sebarang permohonan yang lewat atau tidak lengkap, tidak akan dilayan dan akan dianggap tidak berjaya.

2. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan/ senarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ujian bertulis dan/ atau temuduga.

3. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh pihak MATRADE.

4. Pemohon yang mempunyai kelayakan ijazah dari Institusi Luar Negara dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mengemukakan surat pengiktirafan dari pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Permohonan hendaklah dihantar kepada:-

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
Tingkat 17, Menara MATRADE
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
50480 Kuala Lumpur
(u/p : Unit Pengurusan Sumber Manusia)


Tarikh tutup permohonan : 04 May 2015 (Isnin)



Muat Turun Borang Permohonan