Tuesday 21 April 2015

Jawatan Kosong di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) - 30 April 2015

Universiti Sultan Zainal Abidin merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan dibawah Akta Universiti dan Kolej 1971, dengan ini mempelawa seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan memohon untuk mengisi kekosongan jawatan sepertimana berikut; .


Jawatan Kosong Terkini 2015 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Jawatan:-

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27

2. PEMBANTU TADBIR (P/O) N17

3. PEMBANTU OPERASI N11

4. PENGAWAL KESELAMATAN KP11

5. PEMBANTU AWAM H11



SYARAT LANTIKAN:

(a) Warganegara

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.


PEMOHON HENDAKLAH MEMPUNYAI KELAYAKAN SEPERTI BERIKUT:

JAWATAN 1: PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
     
(c)  (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang  
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(ii)  Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan atau;
(iii) Diploma dalam dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau            


(iv) Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(d) Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


JAWATAN 2: PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N17

(c)     (i)   Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas)

(d) Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN 3: PEMBANTU OPERASI GRED N11

 (c) (i) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan: atau

(d)  (ii) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki lesen memandu kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh jabatan Pengangkutan Jalan kecuali lesen memandu tempoh Percubaan (P). dan

(e) calon hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


JAWATAN 4 : PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11

(c) (i) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan: atau

(ii) bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

dan

(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m  bagi wanita tanpabersepatu;

(ii) berat badan skurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) diantara
julat 19 hingga 26;

(iv) mempunyai ukuran dadayang biasa sekurang-kurangnya 79smdan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja)

(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

(iv) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;dan

(vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
 

JAWATAN 5: PEMBANTU AWAM GRED H11

     (c) (i) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
dan

(d) (ii) Calon hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan setaraf dengannya oleh kerajaan.
CARA MEMOHON :-

Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE dengan mengisi maklumat permohonan
di www.aplikasi.unisza.edu.my/permohonan atau melalui link yang admin sediakan di bawah logo
Tarikh Tutup : 30 April 2015


MAKLUMAN

1. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh  temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

3. Sebarang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.