Sunday 19 April 2015

Temuduga Terbuka di PTPTN Perak - 23 - 24 April 2015


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengadakan temuduga terbuka bagi jawatan Eksekutif Pemasaran lantikan kontrak pada tarikh/hari, masa dan tempat seperti berikut :
Temuduga Terbuka 2015 di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi  Nasional (PTPTN) 

Jawatan:-
1.   EKSEKUTIF PEMASARAN 


LOKASI 1

Tarikh / Hari : 24 April 2015 / Jumaat

Masa : Sesi pertama : 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari

Sesi kedua : 2.30 petang hingga 5.00 petang

(Waktu pendaftaran : 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari)

Tempat :
Pejabat PTPTN Negeri Perak
No. 11 dan 13, Tingkat Bawah
Persiaran Green Town 4
31300 Green Town, Ipoh
PERAK

Kekosongan : PPN Perak


LOKASI 2

Tarikh / Hari : 23 April 2015 / Khamis

Masa : Sesi pertama : 9.00 pagi hingga 1.00 petang

Sesi kedua : 2.30 petang hingga 5.00 petang

(Waktu pendaftaran : 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari)

Tempat :
Pejabat PTPTN Cawangan UTC Perak
Lot No. LA 18,
Urban Transformation Centre (UTC) Perak
Off Jalan Dato' Onn Jaafar
30300 Ipoh
PERAK

Kekosongan : PPN Cawangan UTC Perak


LOKASI 3

Tarikh / Hari : 23 April 2015 / Khamis

Masa : Sesi pertama : 10.30 pagi hingga 1.00 petang

Sesi kedua : 2.30 petang hingga 5.00 petang

(Waktu pendaftaran : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari)

Tempat :
Lot 21 dan 22
ECONSAVE KAMUNTING
Jalan Kamunting Lama
34600 Kamunting
PERAK

Kekosongan : PPN Cawangan Taiping / Kuala Kangsar


LOKASI 4

Tarikh / Hari : 23 April 2015 / Khamis

Masa : Sesi pertama : 10.30 pagi hingga 1.00 petang

Sesi kedua : 2.30 petang hingga 5.00 petang

(Waktu pendaftaran : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari)

Tempat :
Lot A08
Giant Sri Manjung Mall
PT10858, Pusat Perniagaan Manjung Point 1
32040 Sri Manjung
PERAK

Kekosongan : PPN Cawangan Manjung / Teluk Intan


Syarat lantikan adalah seperti berikut :

JAWATAN : EKSEKUTIF PEMASARAN (KONTRAK)

PENEMPATAN : PEJABAT PTPTN NEGERI (PPN) PERAK

Akan ditempatkan di cawangan sekitar Perak

GAJI DITAWARKAN : RM1,500.00 SEBULAN

INSENTIF : KOMISEN BERDASARKAN PRESTASI


Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Kelulusan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(d) Keutamaan diberi kepada calon :

• Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran.

• Perwatakan menarik.

• Berkebolehan berkomunikasi dengan baik.

• Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa.

• Mempunyai kemahiran berunding dan memujuk.

• Berkebolehan menganalisa dengan baik.

• Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri.

(keutamaan diberi kepada yang mempunyai kereta)


Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (link di bawah logo) yang
disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan sijil-sijil
yang berkaitan. Susunan dokumen adalah seperti berikut:-

a) Salinan Kad Pengenalan pemohon;

b) Salinan Surat Beranak pemohon;

c) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);

d) Salinan lesen memandu; dan

e) Lain-lain dokumen sokongan.

Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan
berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan
tidak akan ditanggung oleh PTPTN.


CATATAN AM

i. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan dua (2) bulan dari tarikh
menghadiri temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak
berjaya.

ii. Hanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dihubungi.


Kerja Kosong Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi  Nasional (PTPTN)