Tuesday 21 April 2015

Temuduga Terbuka di PTPTN Sarawak - 27 April 2015

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengadakan temuduga terbuka bagi jawatan Eksekutif Pemasaran lantikan kontrak pada tarikh/hari, masa dan tempat seperti berikut :



Temuduga Terbuka 2015 di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi  Nasional (PTPTN) 

Jawatan:-
1.   EKSEKUTIF PEMASARAN 


LOKASI 1

Tarikh / Hari : 22 April 2015 / Rabu

Masa : Sesi pertama : 9.00 pagi hingga 1.00 petang

Sesi kedua : 2.30 petang hingga 4.30 petang

(Waktu pendaftaran : 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari)

Tempat :
Pejabat PTPTN Cawangan UTC Sarawak
Bilik Seminar Tingkat 5
Bangunan UTC Sarawak
Jalan Bukit Mata
93100 Kuching
SARAWAK

Kekosongan : PPN Cawangan UTC Sarawak dan PPN Sarawak

LOKASI 2

Tarikh / Hari : 22 April 2015 / Rabu

Masa : Sesi pertama : 9.00 pagi hingga 1.00 petang

Sesi kedua : 2.30 petang hingga 4.30 petang

(Waktu pendaftaran : 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari)

Tempat : 
PTPTN Cawangan (Mini) Miri, Sarawak
Wisma Pelita Tunku,
3E.22, Tingkat 3,
Jalan Puchong
98000 Miri
SARAWAK

Kekosongan : PPN Cawangan Miri, Sarawak


LOKASI 3

Tarikh / Hari : 27 April 2015 / Isnin

Masa : Sesi pertama : 9.00 pagi hingga 1.00 petang

Sesi kedua : 2.30 petang hingga 4.30 petang

(Waktu pendaftaran : 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari)

Tempat : 
Pejabat PTPTN Mobile Sibu, Sarawak
Lot 1745, 1063
S.Lot 13, No 14 C, Tingkat 2
Jalan Kampung Datu
96000 Sibu
SARAWAK

Kekosongan : PPN Cawangan Mini Sibu, Sarawak


Syarat lantikan adalah seperti berikut :

JAWATAN : EKSEKUTIF PEMASARAN (KONTRAK)

PENEMPATAN : PEJABAT PTPTN NEGERI (PPN) SARAWAK

Akan ditempatkan di cawangan sekitar Negeri Sarawak

GAJI DITAWARKAN : RM1,500.00 SEBULAN

INSENTIF : KOMISEN BERDASARKAN PRESTASI


Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Kelulusan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(d) Keutamaan diberi kepada calon :

• Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran.

• Perwatakan menarik.

• Berkebolehan berkomunikasi dengan baik.

• Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa.

• Mempunyai kemahiran berunding dan memujuk.

• Berkebolehan menganalisa dengan baik.

• Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri.

(keutamaan diberi kepada yang mempunyai kereta)


Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (link di bawah logo) yang
disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan sijil-sijil
yang berkaitan. Susunan dokumen adalah seperti berikut:-

a) Salinan Kad Pengenalan pemohon;

b) Salinan Surat Beranak pemohon;

c) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);

d) Salinan lesen memandu; dan

e) Lain-lain dokumen sokongan.

Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan
berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan
tidak akan ditanggung oleh PTPTN.


CATATAN AM

i. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan dua (2) bulan dari tarikh
menghadiri temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak
berjaya.

ii. Hanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dihubungi.